Tampilkan postingan dengan label informasi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label informasi. Tampilkan semua postingan
Sabtu, 25 November 2017

Ronaldo dan Benzema Menangkan Real Madrid melawan Malaga Semalam



TRIBUNNEWS.COM, SPANYOL - Real Madrid menang tipis 3-2 kontra tamunya, Malaga, di Stadion Santiago Bernabeu, Sabtu (25/11/2017) malam. Pada laga pekan ke-13 itu, gol gol kemenangan Real Madrid berhasil dicetak Karim Benzema (menit kesembilan), Casemiro (21'), dan Cristiano Ronaldo (76'). Malaga hanya mampu membalas dua kali melalui Diego Rolan (18') dan Chory Castro (58').
Dalam hal peluang, Real Madrid juga jauh lebih unggul dari Malaga dengan melepaskan 16 tembakan yang sembilan di antaranya tepat sasaran. Sedangkan Malaga yang lebih banyak tertekan hanya mampu menciptakan sembilan peluang dengan tiga sepakan on target. Real Madrid berhasil membuka keunggulan pada menit kesembilan berkat tandukan Benzema. Berawal dari umpan silang Marcelo Vieira, bola berhasil ditanduk Cristiano Ronaldo dari sudut sempit, tetapi bola membentur mistar gawang. Bola muntah dari tandukan tersebut mengarah ke Benzema yang berdisi bebas untuk mencetak gol dengan sebuah tandukan ringan. Pada menit ke-18, lini pertahanan Real Madrid melakukan blunder di sisi kiri pertahanan. Bola berhasil dikuasai oleh Sergio Gontan Gallardo alias Keko sebelum melepaskan umpan silang kepada Diego Rolan di dalam kotak penalti dan berhasil diselesaikan dengan sebuah sepakan keras mendatar. Tiga gol cepat ini seakan-akan bakal membuat laga ini dibanjiri gol. Namun, hal tersebut tidak terjadi. Real Madrid yang memiliki banyak peluang di sepanjang pertandingan justru gagal mencetak gol berikutnya akibat ketajaman lini serang mereka. Bahkan pada menit ke-58, Malaga justru berhasil kembali mencetak gol penyeimbang melalui sepakan keras Chory Castro dari luar kotak penalti yang tidak mampu dibendung dengan sempurna oleh kiper Kiko Casilla. Beruntung bagi Real Madrid, pada menit ke-76 mereka mendapatkan penalti akibat pelanggaran yang dilakukan Luis Hernandez kepada Luka Modric di area terlarang. Cristiano Ronaldo yang di sepanjang laga banyak menyianyiakan peluang dipercaya pelatih Zinedine Zidane untuk menjadi algojo. Eksekusi yang dilakukan Ronaldo tersebut sempat berhasil dimentahkan oleh kiper Sergio Jimenez. Namun, mega bintang Portugal itu sukses menyambut kembali bola muntah untuk mencetak gol kemenangan. Pada menit ke-87, Ronaldo sempat kembali mencetak gol. Namun, gol tersebut dianulir akibat sang pemberi umpan, Lucas Vazquez, sudah terlebih dahulu berada di posisi off-side sebelum melepaskan umpan. Kemenangan ini sangat penting bagi Real Madrid untuk membuka peluang mengikis jarak 10 poin dengan Barcelona di puncak klasemen dan enam angka dari Valencia yang duduk di posisi kedua. Untuk sementara, Real Madrid kini tertinggal tujuh dari Barcelona dan tiga dari Valencia dengan koleksi 27 poin dari 13 laga. Sedangkan bagi Malaga, hasil ini membuat koleksi poin mereka tertahan di angka tujuh dan gagal mendekatkan diri dengan Deportivo La Coruna sebagai tim terbawah di luar zona degradasi. Real Madrid 3 - 2 Malaga (Karim Benzema 9', Casemiro 21', Cristiano Ronaldo 76'; Diego Rolan 18', Chory Castro 58').
Sumber: tribunnewsdotcom

Suami Dipenjara Karena Pukul Isteri Ketika Tidak Menjawab Telepone



KUALA LUMPUR: Seorang suami terpaksa merengkok di penjara selama tujuh bulan kerana menampar, menumbuk, mencekik leher dan menendang isterinya gara-gara wanita itu tidak menjawab panggilan telefonnya.
Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu ke atas Ng Boon Meng, 43, yang tidak bekerja, selepas tertuduh mengaku bersalah  dengan sengaja mendatangkan cedera kepada Tan Suh Huai, 41, seorang eksekutif pentadbiran di sebuah agensi pelancongan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mereka di Taman Pandan Indah, Pandan Indah, di sini pada 1.30 tengah hari, 10 Ogos lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan Ng menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 Ogos lepas.
Mengikut fakta kes, pada 10 Ogos, pukul 1.30 tengah hari, tertuduh telah pulang ke rumah dan memarahi isterinya kerana tidak menjawab panggilan telefon pada pukul 8.15 pagi hari sama dan mangsa memberitahu dia tidak menyedari panggilan itu kerana  berada di sebuah kedai makan  bersama rakan-rakannya.
Tertuduh yang berang dan tidak berpuas hati dengan alasan isterinya kemudian menampar muka mangsa beberapa kali, mencekik leher sehingga merah, menendang kaki, menumbuk perut dan menarik bibir mangsa sehingga berdarah sambil berterusan bertanya kenapa mangsa tidak menjawab panggilannya itu.
Mangsa menangis dan menjerit sebelum berlari ke tingkat atas rumah, memanggil anak lelakinya berusia 17 tahun sebelum kedua-duanya keluar dari rumah dan membuat laporan polis.
Hasil siasatan mendapati tertuduh sering kali memukul isterinya setiap kali perselisihan faham berlaku.
Ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu dia tidak akan mengulangi perbuatan itu dan merayu kepada  mahkamah supaya memberikan peluang kepadanya untuk kembali kepada isteri dan memperbaiki diri.
Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak memohon hukuman berbentuk pengajaran kerana sebagai seorang suami, tertuduh seharusnya melayan isteri dengan baik dan sebarang permasalahan rumah tangga patut diselesaikan dengan cara baik bukannya mengambil tindakan di tangan sendiri.

sumber : mstardotcom
Selasa, 31 Oktober 2017

Hati-hati Dengan Penyakit Ini!, Tak Rasa "Puas" Selepas Berasmara




Orgasma atau Rasa Puas Selepas Berasmara

Orgasma adalah rasa “puas” atau nikmat yang memuncak selepas melakukan hubungan dengan pasangan. Rasa puas ini amat penting untuk menjaga keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga anda. Orgasma yang dirasai oleh setiap pasangan berkahwin berbeza-beza, bergantung kepada kemahiran dan kesihatan tubuh badan dan mental.

Tapi, kalau anda atau pasangan kerap kali tak mencapai rasa “puas” selepas bersetubuh, anda harus segera periksa tahap kesihatan anda!. Ia mungkin petanda kesihatan fizikal malah mental anda bermasalah.


Antara penyakit yang boleh mengakibatkan anda tak berjaya mencapai rasa puas atau orgasma adalah:


1. Penyakit pembuluh darah peripheral

Penyakit ini mengakibatkan pembuluh darah anda tersumbat. Lalu, aliran darah ke anggota badan dan alat kelamin tersekat. Disebabkan itu, anda tak boleh mencapai orgasma langsung! Pergi periksa kesihatan anda dengan doktor pakar.

2. Penyakit tiroid

Masalah hipotiroid atau tiroid yang kurang aktif daripada biasa boleh menjadi punca kepada kegagalan hubungan seksual. Maka, dorongan ke arah seks akan semakin rendah, atau lebih teruk… pesakit dengan penyakit ini tak mampu untuk terangsang langsung.

3. Tekanan darah tinggi

Menurut American Journal of Hypertension, wanita yang sedang mengalami fasa menopause malah menghidap tekanan darah tinggi akan lebih cenderung mengalami masalah vagina kering. Lalu, mereka takkan dapat mencapai rasa puas dan akan sentiasa sakit di bahagian miss V apabila berasmara.

4. Kencing manis

Kencing manis atau diabetes dapat mempengaruhi pembuluh darah kecil yang mengalirkan darah ke alat kelamin anda. Sebab penyakit ini, pesakit boleh kehilangan rasa “sensitif” saat berasmara, lalu mereka takkan berjaya mencapai orgasma atau “rasa puas”.

5. Masalah kesihatan mental

Masalah kesihatan mental seperti kemurungan, sering rasa cemas dan masalah mental lain juga boleh menjadi faktor utama kenapa seorang wanita tak dapat merasai orgasma ketika berasmara. Masalah mental boleh mengakibatkan kegagalan alat kelamin untuk berfungsi untuk lelaki.



6. Gangguan sistem saraf

Masalah epilepsi atau multiple sclerosis juga boleh mempengaruhi tahap orgasma yang anda rasa selepas berasmara. Kedua-dua masalah ini mengganggu fungsi neuurologis di sekitar alat kelamin anda. Maka, ia gagal untuk memberi “rasa sedap” yang tepat ke otak. Jadi, anda takkan berasa puas!

7. Perubahan hormon

Ketika seorang wanita sedang mengalami fasa menopause, atau sedang memberi susu badan dan memakai alat kontrasepsi, kadar hormon testosteron dan estrogen dalam badan mereka akan menurun dan tidak seimbang. Oleh sebab itu, sensasi di bahagian klitoris “tidak berjaya dicapai” maka mereka takkan berasa puas.

Tidak perlu risau sangat.

Jika anda dan suami sentiasa melakukan hubungan seks dan kalian masing-masing berasa puas dan mencapai orgasma, kalian pasti cukup sihat secara fizikal dan mental.

Jika anda menghadapi sebarang masalah, jangan segan untuk berjumpa dengan doktor pakar.

Sumber : Theasianparen Malaysia
Sabtu, 28 Oktober 2017

Majoriti Rakyat Amerika Bersih Dubur Tidak Cuci, Tisu Tandas Tidak Berkesan Cuci Kotoran - Pakar


Pakar memberi amaran bahawa tisu tandas hanya menanggalkan sedikit sahaja kotoran najis dan Amerika Syarikat adalah salah satu negara yang belum menaik taraf kaedah sanitasi terhadap tandas-tandas di negara itu.

Ketika negara-negara maju lain seperti Jepun, Itali dan Greece sudahpun menggunakan bidet sebagai kaedah sanitasi terbaharu, nampaknya Amerika Syarikat masih lagi bergantung kepada tisu tandas semata-mata.


Doktor bagaimanapun memberitahu bahawa menyental secara berlebihan ketika membersihkan dubur boleh mengakibat dubur luka dan berlaku jangkitan kuman pada saluran kencing.


Bidet adalah salah satu alat sanitasi yang telah diimplimentasikan oleh negara-negara yang disebut tadi sebagai alat untuk membersihkan kemaluan selepas menggunakan tandas.


Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Tonic, 90 peratus daripada rumah kediaman di negara-negara tersebut mempunyai bidet yang dipasang di dalam tandas rumah mereka. Namun, penggunaan bidet di Amerika Syarikat amat sukar didapati.

Malah, pembekal bidet memberitahu bahawa mereka mengalami kesukaran untuk memasarkan produk mereka ke Amerika Syarikat kerana ramai penduduknya menganggap bahawa penggunaan tisu tandas sudah memadai.


Rose George, seorang penulis berkongsi pendapatnya mengapa tisu tandas tidak menanggalkan kotoran seperti sepatutnya.

''Saya bingung bila memikirkan bahawa berjuta-juta orang bergerak ke sana-sini dengan kemaluan yang tidak bersih sedangkan mereka berfikir sebaliknya. Tisu tandas menanggalkan kotoran, tetapi sebenarnya tidak''.

Selebriti terkemuka Amerika Syarikat Will.i.am pula menyarankan orang ramai menggunakan tisu bayi. Manakala pelakon Terrence Howard mengakui bahawa dia kurang mempercayai wanita yang membersihkan kemaluan hanya dengan menggunakan tisu tandas semata-mata.

Seorang lagi pelakon Will Smith turut berkongsi pendapat yang sama dengan mengatakan bahawa menggunakan tisu bayi adalah lebih baik dari tisu tandas.




''Sesiapa yang hanya menggunakan tisu tandas sebenarnya tidak membersihkan diri sendiri dengan baik.''

Faktor kebersihan bukan hanya satu-satunya alasan kenapa rakyat Amerika perlu mempertimbangkan penggunaan bidet atau tisu bayi.

Membersih secara agresif menggunakan tisu tandas boleh mencederakan kawasan kemaluan yang sensitif seperti luka yang boleh menyebabkan pendarahan pada kawasan tersebut dan satu lagi masalah yang selalu timbul adalah buasir.

Buasir adalah masalah bengkak pada urat dan sel tisu yang berlaku pada rektum bawah. Masalah buasir lebih sukar dirawat berbanding luka jangkitan kuman yang boleh dirawat sendiri di rumah.

Buasir bahagian luar adalah masalah iritsai yang berlaku akibat membersih secara agresif, bagaimanapun ia boleh dirawat dengan krim penyembuh.

Bidet juga mampu mencegah masalah jankitan pada saluran kencing. Jika seseorang membersih dengan cara menyapu dari bahagian dubur ke bahagian kemaluan hadapan, mereka sebenarnya memindahkan bakteria daripada dubur ke bahagian alat sulit. Wanita boleh mengalami risiko yang lebih teruk misalnya bakteria boleh menjakiti bahagian uretra.

Dengan menggunakan bidet, ia mampu membunuh bakteria dan mencegah daripada berlakunya jangkita saluran kencing.

Sumber: Siakapkeli

Awas, Risiko Sendi Siku Teralih Kalau Angkat Bayi Dengan Cara Menarik Tangannya!


Niat di hati nak gembirakan anak dengan cara memegang kedua-dua belah tangannya dan menghayun seperti putaran kipas helikopter tetapi tanpa disedari perbuatan tersebut boleh menyebabkan kecederaan pada tulang sendi siku anak.

Bahkan kadangkala cara kita mengangkat atau memegang anak pada tangannya atau menarik tangan anak secara tiba-tiba turut boleh menyebabkan tulang pada sendi siku anak teralih dan terkeluar daripada soket sikunya.

Menurut Dr Ahmad Mahyuddin, Pakar Bedah Ortopedik di salah sebuah hospital di Pahang, dalam terma perubatan, kecederaan ini dikenali sebagai 'radial head subluxation'. Ia juga disebut sebagai 'Pulled elbow', 'Nursemaid's elbow' atau 'Babysitter's elbow' kerana kerap juga berlaku ketika kanak-kanak berada dalam jagaan pengasuh.


Sebarang perbuatan menarik tangan anak secara keras dan tiba-tiba boleh menyebabkan kepala dan leher tulang radius terkeluar daripada Annular ligament dan menyebabkan tulang itu tertonjol keluar, kesakitan dan pergerakan siku dan tangan jadi terbatas.

Kecederaan ini kerap berlaku pada bayi baru lahir sehingga berusia 7 tahun namun paling kerap terjadi pada kanak-kanak usia 1 hingga 4 tahun. Ini kerana pada usia ini, tulang dan otot kanak-kanak masih belum matang dan memudahkan kecederaan tersebut berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ini akan mengadu sakit pada sendi siku, siku mungkin bengkak, tulang tertonjol keluar dan pergerakan sendi siku jadi terbatas.


Segera dirawat

Sekiranya anak anda mengadu sakit pada sikunya segera bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Ujian X-ray perlu dilakukan untuk memeriksa keadaan sendi siku anak bagi memastikan adakah ia terkeluar dan ada atau tidak kepatahan tulang berlaku.

Jika dirujuk ke hospital, masalah sendi yang terkeluar akan dimasukkan kembali ke dalam soket dan Annular ligament secara Closed Manual Reduction (CMR). Ia hanya dilakukan selepas anak diberi ubat penenang dan penahan sakit.

Doktor akan mengulangi ujian x-ray selepas prosedur CMR bagi memastikan ia telah kembali ke tempat asal. Anak juga akan dipakaikan anduh selama 1 hingga 2 minggu bagi membolehkan tisu yang koyak sembuh seperti sediakala.

Sekiranya anak tidak segera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana menganggp tiada kecederaan serius berlaku pada anak, ia boleh menyebabkan beberapa risiko seperti:

a. Kelewatan sendi dimasukkan kembali boleh menyebabkan pergerakan sendi siku jadi terbatas, bentuk siku membengkok dan tulang tertonjol.

b. Berisiko mendapat kecederaan pada saraf Posterior Interosseous Nerve (PIN) yang boleh menyebabkan keadaan 'finger drop'. Finger drop ialah keadaan dimana pesakit tidak akan mampu mengangkat dan meluruskan jari-jari beliau akibat kerosakan saraf PIN ini. Kebarangkali sembuh bagi kerosakan saraf PIN adalah agak rendah.

c. Sendi ini akan menjadi longgar. Lebih malang lagi sekiranya anak anda mendapat radang sendi siku atau Osteoarthritis akibat kelewatan ini.

Maka, diharap ibu bapa lebih prihatin dan jangan anggap masalah ini perkara remeh. Ambil perhatian tentang 3 perkara berikut:

1. Elakkan daripada suka menghayan anak-anak.

2. Elakkan daripada menyentap atau menarik tangan anak anda dengan keras.

3. Jika mengangkat atau mendukung anak, sentiasa angkatnya dengan cara memegang badan atau pada bahagian ketiak mereka. Elakkan cara mengangkat anak dari pembaringan dengan menarik tangan mereka.

Rawatan awal mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk pada anak anda.

Sumber: http://www.majalahpama.my
Kamis, 26 Oktober 2017

Khasiat Bawang Putih Mampu Merawat 21 Jenis Penyakit


OLEH kerana mempunyai pelbagai khasiat yang baik, bawang putih banyak digunakan dalam masakan Masyarakat Cina. Hampir semua masakan mereka menggunakan bawang putih disebabkan khasiatnya yang boleh mengeluarkan angin di dalam badan selain menyedapkan makanan.

Manakala masyarakat India menggunakan bawang putih dalam penyediaan kari dan dalca. Masyarakat Melayu juga tidak terkecuali menggunakan bawang putih dalam masakan seperti rendang, asam pedas dan pelbagai jenis masakan lain.

Bawang putih telah diakui kepentingannya dalam bidang perubatan kerana itulah ia sudah ditanam dan digunakan sejak beribu tahun dahulu kerana dipercayai dapat digunakan dalam rawatan pelbagai jenis penyakit.

Bawang putih mengandungi alliin iaitu sejenis sebatian kimia. Apabila bawang putih dihancurkan, sejenis enzim yang dipanggil alliinase akan dikeluarkan dan bertindakbalas dengan alliin bagi membentuk alliisin. 

Allisin adalah sejenis sebatian yang tidak stabil dan ia akan bergabung dengan sebatian mengandungi sulfur bagi menghasilkan bau unik bawang putih.

Antara kelebihan bawang putih 


1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, antivirus, anti barah, dan mencegah sakit jantung.

2. Bawang putih mengandungi dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.

3. Bawang putih juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan darah kerana kehadiran bahan fitokimia metalilalil trisulfat. Bahan ini berfungsi mengembangkan dinding pembuluh darah.

4. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dengan menghalang pengumpulan darah. Oleh itu serangan jantung dapat di elakkan.

5. Agen anti-kulat dan berkesan merawat jangkitan kulat yang sering dihadapi oleh ahli sukan di bahagian kaki mereka serta berkesan bagi mengelakkan jangkitan 20 peratus species kulat lain.


6. Bertindak sebagai antiseptik, diuretik, insecticide, pencuci organ di dalam tubuh, sedative, bahan perangsang dan tonik untuk jantung.

7. Kandungan allicin dalam bawang putih mampu mencegah tumor kerana bahan ini bertindak menyekat pembiakan sel-sel tumor.

8. Digunakan sebagai ubat tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana boleh merangsang pengeluaran peluh.

9. Berfungsi untuk mengeluarkan angin di dalam perut, merangsang pengeluaran peluh, menyingkirkan cacing di dalam perut dan usus.

Cara menggunakan bawang putih di dalam merawat penyakit

1. Lemah urat
Kupas kulit 7 ulas bawang putih, basuh bersih dan rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk tapis kemudian minum tiga kali sehari.

2. Usus keras
Bakar tiga hingga lima ulas bawang putih, dikupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

3. Anti-Kanser
Cara 1: 
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit kemudian makan lakukan dua kali sehari.

4. Anti penuaan/ awet muda
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

5. Kecacingan
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih kunyah kemudian hisap airnya.

Cara 2:
Kupas 3 ulas bawang putih, cuci, kunyah sehingga lumat kemudian telan. kemudian minum air suam. Lakukan satu hingga dua kali sehari.

6. Kulit muka berbintik hitam
Kupas bawang putih, tumbuk, campurkan dengan minyak badam, kemudian sapu pada bahagian muka yang berbintik hitam. Biarkan seketika sebelum dibersihkan dengan air bersih.

7. Jerawat
Kupas kulit bawang putih hiris nipis, letakkan pada wajah yang berjerawat dan Biarkan selama beberapa minit sebelum Bilas dengan air bersih lakukan sehingga jerawat hilang.

8. Lemah daya ingatan
Bakar 5 ulas bawang putih, kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

9. Radang otak dan saraf
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih, tumbuk, campur sedikit madu kemudian pupuk ke atas urat di belakang leher sehingga tulang belakang berserta tulang rusuk.

Cara 2:
Makan sebiji bawang putih bersama susu lembu asli setiap pagi. Lakukan setiap hari.

10. Cirit-birit
Cara 1:
Kupas kulit 2 ulas bawang putih, cuci kemudian rebus dengan segelas air. Setelah sejuk, minum air rebusan sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari sehingga sembuh.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan lakukan dua kali sehari.

Cara 3:
Kupas kulit kunyit, bawang besar, dan bawang putih lalu rebus. Minum air rebusan tersebut.

Cara 4:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya dan makan lakukan dua kali sehari.

11. Gastrik/ medu/ radang perut
Kupas kulit bawang putih kemudian kunyah dan telan. Makan dua kali sehari dan lakukan dua kali berturut-turut.

12. Kanser perut
Tumbuk bawang putih sehingga hancur, tapis dan ambil airnya. Campurkan sedikit gula dan madu, kacau sebati kemudian minum lakukan beberapa kali.

13. Perut kembung
Kupas 2 ulas bawang putih, cuci kunyah perlahan dan telan. Kemudian minum air hangat amalkan 3 kali sehari.

14. Sakit perut
Kupas 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan lakukan dua kali sehari.

15. Sistem pencernaan bermasalah
Cara 1:
Bakar 5 ulas bawang putih kupas kulitnya kemudian makan lakukan dua kali sehari.

Cara 2:
Kupas kulit 5 ulas bawang putih rendam dalam air panas selama 10 minit dan makan dilakukan dua kali sehari.

16. Kuku jari tangan rapuh
Kupas bawang putih kemudian cucuk-cucukkan pada kuku berkali-kali.

17. Telinga bernanah
Bawang putih dikupas kulit, dibasuh bersih, ditumbuk lumat, diperah, ditapis, lalu dititiskan air perahannya ke dalam liang telinga.

18. Batuk biasa
Cara 1: 
Kupas kulit 30 g bawang putih cuci kemudian tumbuk. Campurkan dengan gula besar dan segelas air. Rendam selama lima hingga enam jam. Minum 1 sudu besar setiap hari. Lakukan selama beberapa hari.

Cara 2:
Kupas kulit bawang putih tumbuk sehingga lumat beras serta tapis airnya. Kemudian campur kan satu sudu madu lebah dan minum.

Cara 3: 
Tumbuk umbi pokok bawang putih hingga hancur dan ambil airnya. Campur kan air tersebut dengan sedikit madu dan gula kemudian minum.

19. Bronkus/ radang tengkorak
Kupas kulit 3 hingga 5 ulas bawang putih, basuh bersih kemudian rendam dalam air panas. Kunyah dan telan bawang tersebut.

20. Suara serak atau para
Kupas kulit 3 hingga 5 ulas bawang putih, basuh bersih kemudian rendam dalam air panas. Kunyah dan telan bawang tersebut.

21. Reumatik/ radang sendi dan otot
Cara 1:
Kupas kulit bawang putih kemudian tumbuk hancur dan campur kan dengan rizom halia. Seterusnya tumbuk dan campurkan dengan minyak zaitun. Pupuk bahan tersebut pada bahagian yang sakit sebelum tidur dan bersihkan pada keesokan paginya.

Cara 2:
Rebus Daun dan batang bawang putih menjalar sehingga mendidih kemudian wapnya disedut ke dalam paru-paru.

Nak Kenal Perempuan Dengan Lebih Mendalam? Tanya 16 Soalan Mudah Ini Kepada Mereka


1. Masa anda muda, apa cita-cita anda?

2. Adakah anda mudah terima pujian? atau anda tidak suka kepada pujian?

3. Di mana tempat kegemaran anda bila nak tenangkan diri?

4. Apa yang jadi dalam hidup anda, sampai membuatkan anda rasa lemah?

5. Siapa orang yang bagi pengaruh terbesar dalam hidup anda sampai ke hari ini?

6. Kalau anda ada peluang untuk ubah satu perkara tentang diri anda, apa yang anda ingin ubah?


7. Kalau anda hanya ada satu hari lagi untuk hidup, apa perkara pertama yang anda akan buat?

8. Siapa orang yang paling rapat dengan anda dalam keluarga? Kenapa ?

9. Siapa orang yang paling kenal tentang diri anda ?

10. Adakah anda percaya pada cinta pandang pertama?

11. Pernah tak anda jatuh cinta? berapa kali?

12.Apa yang buat anda jatuh cinta dengan seseorang?

13. Apa perkara yang paling anda takut untuk bertanya kepada seorang lelaki, tapi ingin bertanya?

14. Apa perkara yang anda tak pernah buat, tapi anda selalu ingin untuk melakukannya?

15. Kenapa anda masih tak melakukannya?

16. Apakah satu perkara yang anda rasakan, hilang dalam hidup anda?

# Penggunaan ayat "ANDA" boleh ditukar menggunakan kata ganti diri tunggal yang lain.

Sumber: Nakbebel
Rabu, 25 Oktober 2017

10 Fungsi Rahsia WhatsApp Yang Anda Patut Cuba Sekarang!


Boleh dikatakan hampir semua pengguna telefon pintar mempunyai aplikasi WhatsApp. Kita sering menggunakan aplikasi ini untuk menghantar pesanan ringkas, gambar, video mahupun rakaman suara ke seluruh dunia!

Namun, adakah anda benar-benar menggunakan WhatsApp dengan sepenuhnya?

Tahukah anda bahawa terdapat 10 fungsi rahsia WhatsApp yang membolehkan kehidupan anda dalam menggunakan aplikasi ini menjadi jauh lebih mudah dan menarik.

Sesetengah daripada helah ini mungkin anda tahu tetapi terdapat juga beberapa fungsi rahsia dan kami akan dedahkan helahnya kepada anda, sekarang!

#1 Menjadi ‘halimunan’ di dalam WhatsApp


Jika anda tidak mahu sesiapa mengetahui anda sedang aktif atau memeriksa status, gambar dan maklumat akaun anda, ikuti tips ini:
Android : Menu > Settings > Account > Privacy. Tukar tetapan yang patut.
iOS : Settings > Privacy. Tukar tetapannya di situ.

#2 Menebalkan tulisan


Kini, pengalaman menaip mesej menjadi lebih menarik. Anda bukan sahaja boleh menulis dengan tambahan emoji tetapi juga mempelbagaikan tulisan anda dengan gaya bold, italic dan juga potongan.
Jika mahu tulisan bold, gunakan simbol bintang pada permulaan dan pengakhiran ayat atau perkataan. Contohnya, *mesej*

Jika mahu tulisan italic, masukkan simbol garis bawah pada permulaan dan pengakhiran ayat atau perkataan. Contohnya, _mesej_

Jika mahu tulisan yang dipotong, gunakan simbol ~ pada permulaan dan pengakhiran ayat atau perkataan. Contohnya, ~mesej~

#3 Menghantar mesej berkumpulan tanpa perlu membuat kumpulan baru


Pergi ke Chats > Menu > New broadcast. Tekan simbol + atau masukkan nama penerima mesej.

Mesej ini akan dihantar kepada setiap penerima yang anda pilih. Namun, sekiranya mereka membalas mesej tersebut, hanya anda seorang yang boleh membacanya.


#4 Cara mengetahui sekiranya anda sudah disekat (blocked) oleh seseorang


Antara tanda-tanda bahawa anda telah disekat oleh seseorang dalam WhatsAppadalah:

Anda tidak boleh melihat waktu terakhir individu tersebut aktif di WhatsApp

Gambar profil individu tersebut tidak kelihatan

Semua mesej yang anda hantar hanya bertanda √ (mesej telah dihantar) dan bukannya √√ (mesej telah sampai)

Anda mencipta kumpulan tetapi tidak boleh menambah individu tersebut sebagai ahli kumpulan

#5 Menghalang media daripada dimuat turun secara automatik


Biasanya, semua jenis media sama ada gambar, video, pesanan suara mahupun dokumen yang diterima akan disimpan secara automatik dalam telefon. Bagi menjimatkan memori penyimpanan telefon pintar, anda boleh lakukan tips mudah ini:

Android : Settings > Data Usage. Ubah tetapan mengikut kehendak anda
iOS : Settings > Data and Storage Usage > Media

#6 Mengenalpasti nombor palsu


Hampir semua orang boleh menggunakan aplikasi khas untuk mengaktifkan pesanan mesej. Apa yang anda perlu lakukan anda, hubungi nombor berkenaan untuk lihat sama ada ianya palsu atau tidak. Nombor palsu akan memaparkan status tidak aktif (offline).

#7 Mendengar pesanan suara dalam nada perlahan secara automatik


Senang sahaja, dekatkan telefon pada telinga anda dan WhatsApp akan ubah mod pembesar suara (loudspeaker) kepada bunyi yang lebih perlahan secara automatik.

#8 Bagaimana ingin mencari mesej penting dengan cepat dan mudah


Kadang-kala, kita terpaksa membaca semula segala perbualan dari permulaan semata-mata untuk mencari mesej yang penting. Jangan buang masa anda lagi! Apa yang anda perlu lakukan adalah, tekan mesej berkenaan dan tekan simbol bintang.

Kini, mesej tersebut boleh ditemui dalam bahagian ‘Starred messages’ di Menu.

#9 Menjadi salah seorang penguji ciri-ciri dan fungsi terkini WhatsApp


Para aktivis WhatsApp telah mencipta ciri-ciri terkini versi beta. Ia membantu anda untuk menguji semua fungsi terbaru WhatsApp sebelum ianya boleh digunakan oleh semua pengguna WhatsApp lain.

Untuk mengujinya, pergi ke laman WhatsApp Beta, tekan butang “Become a tester” dan kemaskini aplikasi tersebut. Namun harus diingatkan, versi beta ini mungkin mengandungi ‘bug’.

#10 Mesej buih


Mesej buih ini membolehkan anda mengetahui terdapat pesanan masuk dan siapa penghantarnya. Untuk mendapatkan fungsi ini pada telefon pintar anda, muat turun aplikasi WhatsBubbles dan seragamkannya dengan WhatsApp anda. Selepas itu, anda hanya perlu memastikan mod buih tersebut diaktifkan.

Sumber: Era Baru
Senin, 23 Oktober 2017

Inilah Bukti Nyata Zombie Adalah Pahlawan Islam. Mitos Zombie Berbentuk Mayat Hidup Diwujudkan Untuk Menghancurkan Namanya.


ZOMBIE adalah Pahlawan Islam. 

Apa yang terlintas dalam fikiran kita jika disebutkan “Zombie”? Jika yang muncul adalah mayat hidup yang berlumuran darah dan mengejar manusia untuk digigit dan dijadikan mayat hidup berikutnya, bermakna "ghazwatul fikri" yang dilancarkan Dunia Barat telah berhasil 100%. 

Barat melahirkan istilah “zombie” untuk menggambarkan mayat hidup yang tidak memiliki fikiran dan bernafsu memakan atau menggigit manusia normal. Melalui serangkaian cara bermula dari novel, filem sampai ke game, zombie digambarkan sebagai makhluk jahat yang harus dilawan.


Ia di gambarkan sebagai mayat hidup yang tidak memiliki kebaikan sama sekali. Namun, benarkah Zombie dalam dunia nyata seperti itu? Ternyata Zombie adalah nama salah seorang pahlawan Islam di Brazil.


Pada abad ke-XVI, sekitar tahun 1550 Masehi, Islam mula masuk ke Brazil. Waktu itu, orang-orang Portugis membawa masuk budak-budak Afrika ke Brazil sebagai tenaga pekerja di kebun tebu. 

Majoriti budak-budak Afrika ini beragama Islam sehingga ada waktu, banyak muslim di Brazil. Tahun demi tahun, jumlah muslim di Brazil semakin banyak. 

Selain para pendatang, penduduk asli juga mula ada yang masuk Islam, menjadi mualaf. Posisi kaum muslimin pun semakin kuat, bukan hanya para pekerja tebu. Malah bangsawan Brazil asal juga. 

Ketika posisi Islam di Brazil menguat, Pasukan Salibi menghapuskan mereka. Pasukan Salibi berusaha menghancurkan Islam hingga ke akar-akarnya. Dan mereka menganggap program mereka berhasil. Islam telah dihancurkan.


Di saat seperti itu, pada tahun 1643, tiba-tiba muncul seorang pahlawan Islam. Dengan gagah berani ia mengistiharkan tertubuhnya Negara Islam di Brazil dimana sebelum itu bergerak mendakwahkan Islam ke berbagai penjuru Brazil dan mengajak para tokoh dan pemimpin di wilayah itu untuk masuk Islam. Nama pahlawan itu adalah - Zombie. Para penjarah Kristian yang merasakan Islam di Brazil telah mati tetiba tersentak. 

Rupanya Islam belum mati. Zombie telah menghidupkan Islam kembali di bumi Brazil. Dan oleh itu pasukan Salibi pun segera menjadikan Zombie sebagai sasaran.

Dan rupanya, Zombie tidak hanya dimusuhi di waktu itu. Namanya pun dihancurkan di abad modern ini, dengan mewujudkan mitos Zombie adalah syaitan dalam bentuk mayat hidup. 

Tercatat di dalam Kitab Daulah Islamiyyah Brazil " Zumbi ".

Sumber: Blog Mazeer