Tampilkan postingan dengan label kesihatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kesihatan. Tampilkan semua postingan
Selasa, 31 Oktober 2017

Arif Sukri Dedah Jadual Makanan Dan Diet Turun 40 Kg Selama 3 Bulan


Mesti ramai di luar sana yang mempunyai berat badan berlebihan. Di Malaysia sememangnya masalah obesiti kini semakin berleluasa.

Namun dalam hati kecil, mereka yang mempunyai berat badan berlebihan ini sudah tentu memasang niat untuk menurunkan berat badan dan menjadi kurus.

Satu perkongsian bermanfaat telah dikongsikan oleh seorang lelaki yang berjaya menurunkan berat badannya.

Dulu berat badannya mencecah 120 kg namun yang terkini beratnya hanya 78 kg sahaja. Saiz pinggangnya pula berubah dari 46 inci menjadi 36 inci.

Lelaki bernama Arif Sukri ini berkongsi jadual makanan dan juga dietnya. Disamping itu terdapat juga tips penting darinya.


Ini perkongsian dari Arif:

Jom baca:

HILANG 40KG DALAM 3 BULAN
Saya telah menulis begitu banyak mengenai perjalanan mengurangkan berat badan. Hilang 40 kg dalam tempoh 3 bulan memang memerlukan banyak pengorbanan dan komitmen

Pada awal penulisan dahulu saya tidak mencadangkan korang untuk follow jadual pemakanan saya. Pada saya ambil tahu syarat-syarat makanan apa pun dah baik.

Hahaa. Tapi korang tak nak. Kemain juga nak tahu rejim dan jadual diet saya. Sama sahaja. Yang pasti makan kena cukup 6 kali sehari.

JADUAL MAKAN
1. Sarapan pagi
Setiap pagi saya akan pastikan benda pertama masuk ke dalam mulut adalah air masak. Minum air masak segelas atau dua gelas sebelum solat subuh. Selepas itu boleh mula sarapan.

Jujur 2 minggu pertama saya makan OAT KOSONG. Hahaa. Tiada susu, kurma, atau buah. Oat dan air suam sahaja. Dia punya rasa ya tuhan. Tujuan 2 minggu pertama adalah nak potong makanan yang bergula.

Selepas dua minggu pertama saya mula makan oat bersama susu gabung, kurma, kismis. Jam 6-9 pagi masa sesuai untuk sarapan.

2. Minum pagi
Saya tidak cerewet dengan minum pagi. Sebab sebelum minum pagi pun saya minum air kosong banyak dah. Huhu. Untuk minum pagi korang boleh cari biskut oat dalam 3 keping atau kuih satu atau setidak-tidaknya adalah kurma. Saya pilih kurma sahaja.

3. Makan tengahari
Ini kena kawal. 15-30 minit sebelum makan tengahari saya akan minum air masak terlebih dahulu. Ini agar perut saya terisi. Jadi nanti bila makan pun tak adalah nak makan banyak banyak sebab perut dah penuh air. Kahkah.

Tapi makan tetap kena makan. Nasi segenggam + ayam bakar, ikan bakar dan katakan tidak pada yang bergoreng. Kuah pula pilih yang paling sedikit penggunaan minyak. Saya pilih sup atau singgang. Dan pastikan ada sayur atau ulam-ulam. Serat bagus untuk badan kau juga.

4. Minum petang
Pun sama. Kadang-kadang saya minum teh hijau kosong. Teh yang tiada gula ataupun kopi kelat sahaja. Hahaa. Rasa tak payah cakap. Kau minum dulu nanti bagitau.

Selama dua bulan berturut-turut saya tidak minum air yang mengandungi gula tambahan. Kalau tak mahu minum teh atau kopi kau boleh minum air kosong sahaja.

Milo untuk 2 bulan pertama saya tak ambil langsung. Sebab agak manis walau dibancuh tanpa gula. Untuk makan masa rehat petang-petang ni kau boleh cari kek, pau kacang atau biskut ringan tak lebih dari 3 keping.

5. Makan malam
Di antara waktu 6-8 malam kau dah mesti makan malam. Terserah sama ada nak makan sama dengan menu tengahri atau nak ubah. Biasa malam saya akan makan bihun sup, mee sup ayam atau nasi berlauk sama macam tengahari.

Kuantiti tetap sama. Karbohidrat masih segenggam. Bihun sup separuh, mee sup separuh. Nasi pun separuh sahaja. Malam tak bagus kalau banyak sangat karbo.

6. Minum malam
Saya akan akhiri hari diet dengan minum susu kosong dan campur sedikit oat, kurma dan sedikit madu. Saya pilih susu omega (plastik warna merah. Makan tak ada sebab dah ada oat sikit. Epal pun baik. Simpan stok banyak banyak. Hehe

NOTA PENTING

Nota-nota lain yang perlu anda tahu mengenai diet saya.

  • Saya tidak makan apa-apa suplimen.
  • Dua bulan pertama tiada air manis masuk ke dalam mulut.
  • Sarapan adalah oat dan air suam sahaja. Korang boleh? Kahkah.
  • Walaupun diet kena ada cheats day untuk reset balik diet. Buat seminggu sekali sahaja.
  • Sebulan pertama tanpa senaman cardio dan hanya berjalan kaki 20 minit setiap petang saya berjaya hilangkan 5-7 kg.
  • Kualiti dan kuantiti makanan itu paling utama
  • Makan bersulam dengan air adalah dilarang. 30 minit selepas makan baru minum. Kalau pedas cukup seteguk dua.
  • Jangan tidur atau terus baring 2 jam pertama selepas makan.
  • Jangan tinggal buah.
  • Sardin, sos, kicap, budu, ikan kering dan seangkatan yang tinggi garam juga saya tak sentuh.
  • Akhir sekali jangan timbang kerap. Hahaha. Nak diet tak boleh stress. Kena layan dan santai sahaja. (Nanti saya kongsikan waktu bila sesuai timbang)

BAHAGI KUANTITI MAKANAN

Bahagikan portion makan dengan bijak

Kejayaan mengurangkan berat badan adalah bergantung kepada gaya pemilihan makanan yang bijak dan jumlah kuantiti yang betul.

Cara meletakkan kuantiti makanan seperti dalam pinggan ini sangat membantu. Hanya perlu masukkan jumlah yang tepat sahaja.

Ini adalah nutrisi yang memang perlu ada dalam setiap hidangan kita.

1. Karbohidrat ( Nasi putih, nasi perang atau roti)
2. Protein (Ayam, daging, ikan)
3. Fiber atau vitamin (Sayur, ulam-ulaman atau buah-buahan.

Dengan gabungan ketiga-tiga nutrisi ini ia sudahpun dapat menampung jumlah tenaga anda sehari-harian.

Dengan memilih makanan yang kurang minyak, rebus-rebusan atau jenis yang dipanggang anda sebenarnya sudah selangkah ke arah berat badan yang ideal.

Lagi banyak anda kurangkan makanan berlemak, masin dan berminyak, lebih cepat peratus untuk anda kurangkan berat badan anda.

Boleh lah cuba formula pinggan nutrisi ini.

Diet bukan tujuan. Matlamat kita adalah kesihatan yang berkualiti. Diet tidak ada ada pengakhiran dan ia adalah perjalanan hidup. Harap tip ini manfaat untuk korang semua.

Arif Sukri
Ustaz Fitness Nasional

Ramai Tak Tahu Bahaya Merendam Uncang Teh Terlalu Lama!


Terdapat banyak jenama teh uncang yang terdapat di pasaran Malaysia dan sudah tentulah ia sentiasa menjadi minuman kegemaran ramai golongan masyarakat.

Teh sememangnya telah diakui di seluruh dunia sebagai minuman yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Malangnya, beberapa ketika yang lalu kita dikhabarkan bahawa teh timbang yang terdapat di pasaran mengandungi bahan pewarna yang berlebihan yang boleh menyebabkan kanser.

Maka terdapatlah cadangan ramai pihak supaya masyarakat bertukar dari teh timbang kepada teh uncang. Namun, kita harus sedar bahawa teh uncang juga mempunyai kelemahan serta kesan buruk yang tersendiri, cuma kita kena berhati-hati ketika menyediakan teh uncang.


Jangan Mencelup Uncang Teh Lebih Dari 3 Minit

Teh uncang sebaiknya tidak boleh dicelupkan serta ‘direndam’ terlalu lama disebabkan adanya kandungan klorin dalam uncang kertas teh.

Fungsinya adalah untuk melindungi kertas uncang teh daripada bakteria dan juga berfungsi sebagai pengawet, agar teh lebih tahan lama.

Masalahnya, klorin dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan banyak keburukan dan kesan negatif kepada badan manusia. Antaranya ialah kanser, mandul dan banyak lagi.

Jika mencelup uncang teh lebih dari 3 hingga 5 minit, klorin akan larut bersama dan banyak khasiat teh akan ‘hilang’ akibat kehadiran klorin yang tinggi dalam minuman.

Agar terhindar dari kesan jangka masa panjang, sebaiknya jangan mencelup uncang teh lebih dari 3 minit. Semoga memberi manfaat.
Rabu, 25 Oktober 2017

6 Petanda Anda Mungkin Kena Serangan Jantung Disebabkan Kolesterol Tinggi Meskipun Anda Kurus


Jika anda tidak mahu berisiko mengalami pelbagai penyakit kerana kolesterol , maka anda harus berwaspada ciri ciri kolesterol tinggi sejak awal . Gangguan kesihatan yang biasanya dialami oleh orang dewasa ataupun warga tua ini adalah sebuah gangguan kesihatan yang banyak berisiko untuk menimbulkan terjadinya penyakit lain yang lebih kronik .

Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.

Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Kaki sering berasa kebas: Ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.


2. Senak dada sebelah kiri : Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.

3. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher: Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

4. Kaki membengkak : Ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

5. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) : Ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.

6. Tanda kuning muda: Pada tengah atau hujung kelopak mata – merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor.

Bercakap tentang kolesterol, ramai yang akan menganggap hanya mereka berbadan gemuk atau berisi sahaja berdepan dengan masalah ini Menurut pakar diet tanggapan itu sebenarnya memang salah berikutan kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang tinggi