Tampilkan postingan dengan label semasa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label semasa. Tampilkan semua postingan
Selasa, 31 Oktober 2017

Lacur Anak Kepada Warga Asing, Ibu dan 5 Lelaki Rakyat Bangladesh Di Tahan Polis



Polis berjaya menahan lima lelaki warganegara Bangladesh berhubung dengan penahanan yang dibuat sebelum ini oleh pihak polis terhadap seorang ibu yang berusia 36 tahun kerana disyaki melacurkan dua orang anak perempuannya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kesemua suspek yang berumur antara 28 hingga 42 tahun itu di tahan awal pagi tadi.

Tambahnya lagi, kelima-lima suspek didapati bekerja di kilang yang terdapat di sekitar Senai dan Kulai.


"Semua suspek dibawa ke mahkamah tengah hari tadi untuk mendapatkan perintah tahanan daripada Mahkamah Majistret di sini.

"Kelima-lima suspek kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.

Mohd Khalil sebelum ini dilaporkan berkata bahawa penahanan terhadap wanita tersebut selepas dipercayai dua anak perempuannya, masing-masing berusia 8 dan 10 tahun dilacurkan olehnya kepada warga asing.

Wanita warga tempatan itu ditahan oleh pihak berkuasa di sebuah rumah di Senai, Kulai pada Rabu lalu.

Sumber: Siakapkeli

Harga Nasi Campur RM100 Berpatutan - KPDNKK


KUANTAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan tindakan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah benar dan tidak salah.

Pengarahnya, Sharuddin Jali yang menjalankan siasatan terhadap pemilik kedai makan itu berkata, harga yang dikenakan adalah berpatutan berikutan harga udang galah juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan," katanya yang dipetik dari laporan BERNAMA.

Tambah Sharuddin lagi, siasatan yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.


Lantaran itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga makanan yang dipamerkan sebelum mengambil lauk-pauk tersebut.


Terdahulu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan 'weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung' dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

Sumber: Siakapkeli

FAM Kena Denda RM127,000 Akibat Laungan "Anjing" Oleh Penyokong


GARA-GARA perkataan "anjing" yang dilaungkan oleh penyokong pasukan Malaysia kepada penyokong dari Singapura dan Brunei, semasa perlawanan bola sepak Sukan SEA 2017 tempoh hari, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah dikenakan denda sebanyak USD30,000 (RM127,000) lapor sumber berita Singapura.

Jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dilapor telah mengenakan hukuman denda berjumlah USD15,000 (RM63,502) bagi setiap kesalahan yang telah dilakukan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebanyak dua kali semasa perlawanan Brunei menentang Malaysia pada 14 Ogos dan semasa Singapura berdepan dengan Malaysia dua hari kemudian menurut AFC.


Laman sesawang rasmi AFC mendedahkan antara laungan yang dinyanyikan penyokong Malaysia termasuk "kami datang ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, anjing Brunei patut dibunuh," ketika perlawanan Malaysia menentang Brunei.

Satu lagi laungan yang didedahkan oleh AFC ialah ketika Malaysia menentang Singapura — "kami turun ke Shah Alam, satu jiwa yang menyokong Malaysia, anjing Singapura patut dibunuh,".

FAM turut didenda bagi kesalahan ketiga, akibat tindakan penyokong membakar mercun pada minit ke-87 ketika aksi separuh akhir Malaysia berdepan Indonesia di Stadium sama, pada 26 Ogos 2017.

Bagi kesalahan itu, FAM diperintahkan untuk membayar denda sebanyak USD7,500 (RM31,717) akibat melanggar Artikel 65.1 yang dibaca bersama Artikel 64.1 Kod Tatatertib Etika AFC.

Seterusnya, FAM turut didenda atas tindakan penyokong yang membaling antara 50 hingga 60 botol minuman ke dalam padang ketika perlawanan peringkat kumpulan B antara Indonesia dan Kemboja.

FAM selaku penganjur telah didenda sebanyak USD5,000 (RM21,145) bagi kesalahan membawa kepada jumlah keseluruhan denda yang dikenakan kepada USD42,500 (179,732).

Sumber: milosuam.net

Lelaki Rogol 2 Wanita, Bunuh Dan Cincang Badan Mereka Untuk Dijadikan Makanan Anjing


DUA wanita di Volzhsky, Russia, dibunuh kejam dengan ada anggota tubuh mereka dicincang dan diberi makan anjing oleh bekas pesalah jenayah rogol, serangan seksual dan rompakan.

Menurut Daily Mail, Alexander Maslennikov, 31, yang dibebaskan dari penjara Mei lalu, selepas menjalani hukuman 11 tahun penjara, mengaku membunuh dua wanita berkenaan sebelum memasukkan anggota tubuh mereka ke dalam mesin pengisar daging.

Dia kemudian dikatakan memberi anjing makan daging mangsa.

Polis menyiarkan rakaman video lelaki itu meninggalkan sebuah karaoke bersama Daria Labutina, 29, and Olga Shaposhnikova, 28, ke rumahnya, pada 13 Oktober lalu, sebelum mereka dilaporkan hilang.

Telefon bimbit mereka berhenti berfungsi pada hari berkenaan.

Polis masih menyiasat aspek lelaki berkenaan merogol dua wanita terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya sebelum menikam mereka hingga mati, memotong tubuh mangsa dalam bilik air dan memasukkannya ke dalam mesin pengisar.


Dua wanita terbabit minum bersama Alexander di rumahnya sebelum lelaki itu menikam mereka selepas Daria dan Olga enggan melakukan seks dengannya.

Penyiasat kanan kes itu, Alexander Minaev, berkata: “Maslennikov mengaku melakukan jenayah itu dan memberi petunjuk termasuk lokasi dia menyembunyikan mayat mangsa.”

Menurut The Mirror, tubuh seorang mangsa dipotong kepada 20 bahagian dan polis menemui anggota tubuh dua wanita itu dalam hutan berdekatan.


Petikan CCTV menunjukkan Alexander meninggalkan karaoke dengan mangsa dan kanan, pasukan penyiasat mengumpul cebisan mayat mangsa. - Foto Kementerian Dalam Negeri Russia/DM

Menurut laporan media Russia, mereka dilihat memasuki rumah lelaki berkenaan pada 5.45 pagi, 13 Oktober lalu. Tengah hari esoknya, Alexander dilihat membeli mesin pengisar daging dan selepas itu dia meninggalkan rumahnya membawa dua beg besar.

Pada 18 Oktober, polis meletakkannya dalam senarai orang dikehendaki berkaitan kehilangan dua wanita terbabit dengan ganjaran 700 ribu rubles (RM50,223).

Alexander berjaya ditahan di pinggir Moscow, hujung minggu lalu, ketika bersama seorang wanita yang bekerja sebagai pendandan rambut. Polis mengesyaki wanita itu bakal menjadi mangsa seterusnya.

Sumber: Harian Metro

Anak Harris Baba Cedera Terkena Lampu Siling Jatuh, Ingin Saman Butik LV


Siapa yang tak bimbang kalau melibatkan keselamatan anak-anak. Seperti penyanyi dan pelakon Harris Baba nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah butik terkenal antarabangsa selepas anaknya cedera terkena penutup lampu siling yang jatuh di butik berkenaan.

Menurut Instagram akaun Harris, dia memuat naik gambar kecederaan yang dialami anaknya, Aleena Ziya. Kemalangan yang berlaku pada anak Harris yang berusia sembilan bulan melecur di muka dan tangan.


Menurut laporan dari Utusan Online, Harris telah membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang.


“Saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan sudah berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Utusan Online


Dalam laporan tersebut memberitahu, akibat daripada kejadian tersebut, anaknya bukan sahaja melecur tahap dua malah dia dan isterinya juga berada dalam keadaan trauma. Tambahnya lagi, Aleena tidak berhenti menangis kerana kesakitan sehinggakan dia susah bernafas. Hal ini memyebabkan Harris dan isteri terpaksa berkejar ke 3 buah Hospital untuk dapatkan rawatan dari pakar kulit.

Sumber: Hangat.com

Giant Dedah Punca 5 Rangkaian Pasarayanya Ditutup Serentak.


PEMILIK Rangkaian Pasaraya Giant, GCH Retail Malaysia memutuskan untuk menamatkan operasinya di 5 kawasan iaitu Seri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama selepas tempoh perjanjian pajakan premisnya tamat lapor The Malaysian Insight (TMI).

Laporan itu secara tidak langsung mengesahkan tulisan dalam artikel di MiLo SuaM sebelum ini.

Namun jurucakap syarikat terbabit, dilaporkan enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung. Jurucakap itu juga tidak mahu mengulas berhubung nasib pekerja-pekerja di lima premis tersebut.

Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi kelembapan jualan pada suku kedua tahun ini berbanding 3 bulan pertama tahun 2017 lapor TMI.


Walaupun jualan runcit berkembang pada kadar 4.9 peratus dari bulan April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk jualan dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2 peratus tahun ke tahun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara yang dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya.

Kelemahan dijangka akan berterusan sepanjang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Subsektor Pasaraya dan Hypermarket menunjukkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam keadaan pertumbuhan 4.8 peratus pada suku pertama tahun 2017 — paling teruk di kalangan subsektor runcit lapor TMI lagi.

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015 telah menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi.

Baca lanjut — The Malaysian Insight
Senin, 30 Oktober 2017

Rogol Bayi Usia Setahun Hingga Maut


Seorang lelaki berjaya ditangkap selepas merogol anak kekasihnya yang baru berusia setahun hingga maut. Dia ditangkap selepas tiga minggu melarikan diri di Ohio.

Lelaki durjana berusia 37 tahun itu, Joshua Gurto melakukan perbuatan kejam berkenaan ke atas Sereniti Jazzlynn.

Ketika kejadian, dia masih berhubungan dengan ibu bayi itu iaitu Kelsie. Wanita berkenaan bagaimanapun tidak didakwa atas sebarang tuduhan.


Joshua melarikan diri selepas disoal polis berhubung kematian bayi itu.Minggu lepas, dia dilihat dalam rakaman CCTV di Pennsylvania selepas menumpang kereta seorang lelaki yang tidak mengetahui bahawa dia diburu oleh polis.

Pada malam dia ditangkap, polis berjaya mengesan Joshua di tempat letak kereta di dalam garaj sebuah rumah.Hanya selepas polis mengeluarkan senjata, barulah Joshua mendedahkan dirinya.

Dia kini ditahan dan akan didakwa atas tuduhan merogol serta membunuh.

Sumber: Eberita

Sudah Kena Tangkap! Wajah & Identiti ‘Datuk Seri’ Pukul RELA Akhirnya TERBONGKAR!


Datuk Seri‘ berpelakuan gangster yang dikehendaki polis selepas didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika sedang bertugas di sebuah tokong dekat Kampung Baru, Jumaat lalu, telah ditahan pada jam 4 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan ketika hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Katanya, perintah reman terhadap lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ampang, esok (31 Oktober).


Wajah & Identiti “Datuk Seri” itu sudah dikenal pasti


Hasil pendedahan netizen, Datuk Seri itu dikenali sebagai Nicky Liow Soon Hee, berusia 29 tahun dan berbangsa cina.

Dilihat pernah bergambar bersama bekas IGP, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengenakan pakaian kemeja logo ‘PDRM’.


Dipercayai menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 2012.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, tiga anggota RELA iaitu Melvin Cheong Mun Khai,19; Leong Jiun Jie,21, dan Lee Weng Poh, 27, masing-masing cedera bengkak di mata kiri, selain sakit di beberapa bahagian badan selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki itu.

Mereka mendakwa kejadian berlaku hanya kerana mereka meminta ‘Datuk Seri’ itu untuk mengalihkan kenderaan jenis Toyota Vellfire yang diletakkan di tepi jalan besar kerana menghalang lalu lintas.

Berikutan kejadian, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, selain turut membuat aduan kepada Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Kehormat RELA.

Datuk Seri itu juga didakwa cuba rasuah anggota RELA terbabit untuk menarik balik laporan polis yang dibuat.

Ketua Pengarah Rela, Zulkifli Abidin berkata, salah seorang mangsa telah dihubungi oleh seorang individu yang didakwa menawarkan wang RM10,000 jika mereka sanggup membatalkan laporan polis tersebut.

Datuk Seri terbabit telah mengarahkan seorang individu yang bertindak sebagai ‘orang tengah’ membuat tawaran itu.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Suspek juga boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana menawarkan suapan.

Sumber: INFOKINI

‘Mak Ayah Pengsan Lihat Kubur Anak Digali Semula, Anak Berkain Kapan Dimasukkan Dalam Beg Mayat’


Polis membuka kertas siasatan kes seorang kanak-kanak lima tahun maut akibat dada tertusuk serpihan batu pengasah mesin rumput yang diasah bapanya di Kubang Rotan, di sini, Jumaat lalu, atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian.

Keluarga Nur Aliya Syifa, 5, yang maut akibat terkena serpihan bilah mata pisau mesin rumput, Jumaat lalu, menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan.

Bapa saudara mangsa, Fadhil Abdul Rahim, 50, berkata keluarganya redha dengan ketentuan Ilahi kerana Nur Aliya mati sebab kemalangan yang tidak disengajakan.


Katanya, dirinya terpaksa tampil mewakili keluarga selepas adik ipar yang juga bapa mangsa, Murad Othman@aziz, 40, dan isteri, Sabda Abdul Rahim, 41, terlalu lemah selepas pengsan berulang kali.
"Kami akur dengan undang-undang dan akan hanya mengikut apa yang sudah ditetapkan berdasarkan Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian hingga menyebabkan kematian.

"Buat masa ini, kami serahkan kepada hospital dan polis untuk melakukan siasatan lanjut. Jika ada benda yang meragukan, barulah kami sekeluarga akan duduk berbincang mencari penyelesaian," katanya yang ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Nurul Ehsan, Kubang Rotan, di sini, sebentar tadi.


Terdahulu, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan pakar forensik Hospital Sultanah Bahiyah, mengambil masa hampir dua jam untuk menggali semula kubur Nur Aliya Syifa bagi proses bedah siasat.

Proses penggalian disaksikan sendiri ibu bapa mangsa yang kemudian pengsan selepas jenazah anak mereka berkain kapan dibawa keluar sebelum dimasukkan dalam beg mayat.

Fadhil berkata, pihaknya kini risau masa depan dua anak Murad termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU) mental sekiranya bapa mereka dipenjarakan.

"Murad yang baru selesai menjalani pembedahan buang apendik yang pecah sahaja yang bekerja menyara keluarganya dan isterinya terpaksa menjaga anak.

"Sekiranya Murad dipenjarakan, sudah pastinya keluarga terbabit mengalami masalah dan kami sekeluarga datang dari keluarga yang susah sukar untuk membantu," katanya.

BH semalam melaporkan, polis membuka kertas siasatan kes seorang kanak-kanak lima tahun maut akibat dada tertusuk serpihan bilah mesin rumput yang diasah bapanya di rumah Kubang Rotan, di sini, Jumaat lalu, atas kesalahan cuai hingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid, berkata proses terbabit adalah prosedur biasa dan sebahagian daripada siasatan yang dibuat.

"Orang ramai jangan membuat sebarang andaian dan spekulasi kerana siasatan masih berjalan dan kita akan serahkan dokumen lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam Pindah Ke Lokasi Baru Mulai 1 November 2017




PEMANSUHAN Tol Bukit Kayu Hitam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 menjadi pertikaian ramai selepas tersebarnya “banner” yang memaklumkan bahawa Plaza Tol berkenaan akan berpindah operasinya ke lokasi baru.

“Plaza Tol Bukit Kayu Hitam akan mula beroperasi di lokasi baharu pada jam 6:00 pagi, 1 November 2017,” tertulis pada kain rentang itu, yang turut memaparkan logo Kerajaan Malaysia dan syarikat lebuhraya PLUS.

Apa yang dapat kita fahami dari makluman kain rentang tersebut ialah, Plaza Tol Bukit Kayu Hitam tidak dimansuhkan seperti yang diumumkan oleh PM, sebaliknya hanya dipindahkan ke lokasi lain.


Kalau kita lihat dari pengumuman Najib tempohari, pemansuhan tolBukit Kayu Hitam akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2018.

Tapi belum pun sampai tarikh tersebut, nampaknya operasi tol berkenaan sudah dipindahkan ke lokasi baharu bermula pada 1 November 2017.

Adakah pada tarikh 1 Januari 2018 nanti, tol di lokasi baru ini yang akan dimansuhkan?

Jika tidak, maknanya pemansuhan tol Bukit Kayu Hitam hanyalah sekadar taktik menipu rakyat, kerana ia sebenarnya tidak dimansuh, melainkan diubah sahaja tempat operasinya kerana lokasi lama mungkin tidak mendatangkan untung.

Sumber: Milo Suam