Gempar! Budak 12 Tahun Beranak Hasil Hubungan Seks Dengan Kekasih Berusia 15 Tahun
02.34 |
|
Kanak-kanak bawah umur sepatutnya menikmati hidup mereka dengan bermain bersama rakan-rakan dan bermanja dengan ibu bapa. Namun, zaman telah berubah. Kanak-kanak sekarang lebih cenderung untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah dan tidak bermoral.
Terbaru, Utusan Borneo melaporkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah melahirkan seorang anak hasil daripada hubungan seks dengan kekasihnya yang berusia 15 tahun.
Menurut Berita Harian,gadis itu telah melahirkan seorang bayi lelaki cukup sifat di dalam tandas rumahnya di Jalan Burung Punai, Kampung Bahagia, Jaya, Teku di Sibu pada jam 10 pagi, semalam.
Sumber: Berita Harian
Walau bagaimanapun, gadis itu yang takut dimarahi keluarga kemudian cuba untuk menyembunyikan bayi tersebut setelah melahirkannya. Bayi tersebut telah dibalut dengan tuala dan ‘disimpan’ dalam almari yang terletak di ruang stor, bawah rumah kayu kediamannya.
Timbalan Ketua polis Daerah Sibu Superintenden, Martin Khoo berkata bayi tersebut diletakkan di situ kerana gadis tersebut tidak mahu hal berkenaan diketahui oleh orang lain.
Bayi itu dijumpai selepas cucu perempuan pemilik rumah tersebut yang berusia 17 tahun, terdengar bunyi tangisannya pada jam 4.30 petang pada hari yang sama. Terkejut, dia terus memanggil ahli keluarganya serta jiran berdekatan bagi mendapatkan bantuan.
Sumber: Utusan Borneo
Gadis yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu mengaku telah melahirkan dan meletakkan bayi tersebut di dalam almari. Kehamilan gadis yang tidak bersekolah ini langsung tidak disedari sesiapa termasuklah ibu bapa angkatnya walaupun tinggal di dalam rumah yang sama.
Gadis yang tidak didedahkan nama ini turut mengaku telah menjalinkan hubungan seks dengan teman lelakinya pada penghujung tahun 2016. Teman lelakinya yang merupakan pelajar tingkatan tiga telah pun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis telah mengesahkan bahawa gadis berkenaan dan anaknya telah dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang. Baru 12 dan 15 tahun dah terjebak dengan hubungan seks sampai beranak pulak tu. Malu keluarga….
Source : LobakMerahdotcom
0 komentar:
Posting Komentar