Selasa, 19 Desember 2017

Wanita Kongsi Kisah Dicerai Talak Tiga Ketika Usia Kandungan 10 Mingg


    Sudah semestinya bagi mana-mana wanita yang sedang mengandung, mereka mahukan perhatian dan kasih sayang yang lebih daripada suami mereka. Sesetengah lelaki menganggapnya seperti mengada-ngada, tetapi mereka tidak tahu bahawa itu sebenarnya adalah simptom-simptom bagi ibu yang sedang mengandung.

      Berbeda dengan wanita ini, apabila dia berkongsikan pengalamannya yang diceraikan suami ketika usia kandungannya yang baru mencecah 10 minggu. Menyedihkan lagi, dia diceraikan dengan talak tiga.

Menurut perkongsian di Kisah Rumah Tangga, niatnya berkongsi kisah ini bukanlah untuk membuka aib sesiapa. Niatnya hanya untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini.


“Saya baru berkahwin tahun ini, dan bercerai juga pada tahun ini. Alasan suami tinggalkan saya sangat-sangatlah tidak munasabah”

     Katanya, dia diceraikan pada tahun yang sama dia bernikah. Alasan suami meninggalkannya adalah kerana sikapnya yang panas baran serta tidak pandai menjaga suami.

“Okay bab panas baran tu.. Malam sebelum dia ceraikan saya, saya ada tegur dia sikit. Salahkah saat saya ada tumpah darah, dia boleh enjoy denganfamily dia buat bbq dan tak balik rumah”
“Saya sendirian di rumah menahan sakit.. Salahkah saya marah.. Kategori panas baran ke macam itu?”

       Tambahnya yang kini kandungan sudah mencecah 32 minggu, sewaktu awal kehamilannya, dia mengalami alahan yang sangat teruk. Setiap hari muntah-muntah akibat daripada morning sickness. Tetapi kebajikan suaminya masih dijaga dengan baik. Makan dan pakainya semua diatur seperti selalu, walaupun dia alah dengan bau masakan, tetapi ditahannya juga demi suaminya itu.

“Masa dalam proses cerai, bekas suami saya kantoi tengok wayang bersama perempuan lain. Allah nak tunjuk kuasa dia. Mereka satu panggung dengan kakak ipar saya sendiri..”
“Sekali lagi Allah nak tunjuk, dia bersama perempuan yang sama terserempak dengan kawan saya dishopping mall. Saya masih berat hati lagi untuk percaya..”
“Dan alhamdulillah, dengan mata kepala saya sendiri, saya melihat dia bersama perempuan di atas motor berpelukan selisih dengan saya di jalan..”
       Dek kerana terlalu tekan, pernah wanita ini berniat untuk membunuh diri. Tetapi dia masih fikirkan tentang zuriat yang dikandungnya. Kerana itulah dia bangun dan masih kuat hingga sekarang.
    Bagai jatuh ditimpa tangga, keluarga bekas suaminya turut tidak mengendahkannya. Pernah sebelum ini, dia ditahan wad atas masalah bayi di dalam perut ketika itu, tiada seorang pun dari keluarga bekas suami mahupun bekas suaminya itu sendiri yang datang menjenguknya. Apabila mesej mereka, hanya bluetick yang diberikan.
source : lobakmerahdotcom

Wanita Dipuji Kerana Belikan Sepasang Kasut Buat Lelaki Miskin Yang Hanya Miliki RM1.60

        
sumber : lobakmerahdotcom


        Pada musim perayaan dan cuti hujung tahun ini, pasti ramai yang ingin merebut peluang membeli barangan dengan harga yang berpatutan bersempena salehujung tahun. Sungguhpun barangan yang dijual di pasaraya sudah cukup murah, tidak semua di kalangan kita yang berduit dan mampu untuk mendapatkan barang yang mereka inginkan.

        Pada minggu lalu, seorang pengurus di sebuah kedai kasut dekat Muntinlupa City, Filipina telah berkongsi kisah menyentuh hati mengenai kebaikan seorang wanita dalam membantu seorang lelaki yang memerlukan di Facebook.

        Menurut Coconuts, pengurus kedai tersebut berkata seorang lelaki yang berpakaian lusuh dan menyarung selipar buruk masuk ke dalam kedai kasutnya dengan tujuan untuk membeli kasut baru.


Tulisnya di entri Facebook,

“Dia mengambil sepasang kasut bernilai PHP1,200 (lebih kurang RM97). Anda boleh lihat yang lelaki itu seperti seorang yang kuat bekerja, seakan-akan dia membuat satu pekerjaan yang berat.” 
    Selepas memilih sepasang kasut, lelaki tua itu mengeluarkan wang yang dimilikinya iaitu sebanyak PHP20 (bersamaan RM1.60) dan mengira ia satu persatu untuk memastikan bahawa dia mempunyai wang yang cukup untuk membayar kasut yang dipilih. Pun begitu, harapannya untuk memiliki kasut tersebut berderai selepas dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelinya.
sumber : lobakmerahdotcom

Menyedari akan apa yang berlaku, seorang pelanggan wanita di kedai tersebut yang dikenali sebagai ‘Lil’ telah mendekati lelaki tua itu dan bertanya sama ada dia mahu memilih jenis kasut yang lain.
        Lelaki itu mengambil sepasang lagi kasut lain berharga PHP1,799 (bersamaan RM145) yang jelas-jelas sangat jauh daripada bajet wang yang dimilikinya sekarang. Namun apa yang lebih mengejutkan, Lil dengan baik hatinya telah menambah amaun wang yang tidak mampu dibayar lelaki tersebut dan berlalu pergi sambil mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada lelaki tersebut dalam bahasa Tagalog. Alahai! Baiknya hati dia! 
sumber : lobakmerahdotcom

sumber : lobakmerahdotcom

       Susulan daripada tersebarnya kisah ini, ramai di kalangan netizen yang memuji tindakan wanita tersebut dan telah berkongsi entri ini sebanyak 5,844 kali. Wah hebatnya! 
      Syukurlah masih wujud insan yang memiliki hati semulia ini. Diharapkan semoga ramai lagi individu yang bersikap pemurah seperti wanita ini. 


source : lobakmerahdotcom

Jumat, 08 Desember 2017

Lelaki Psiko Pasang Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Rumah, Rakam Kakak Ipar Mandi



   Keluarga sepatutnya melindungi satu sama lain. Malangnya, kini terdapat banyak kisah yang memaparkan ahli keluarga tergamak melakukan perbuatan terkutuk ke atas keluarga sendiri.

   Terbaru, The Star telah melaporkan tentang seorang lelaki yang telah ditangkap kerana bukan sahaja memasang kamera dan merakam kakak iparnya yang sedang mandi, tetapi turut mencabul kehormatannya.


      Difahamkan, kejadian ini telah berlaku di Singapura tetapi melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang tinggal bersama isteri, anak dan kakak iparnya yang berusia 30 tahun.

     Lelaki tersebut yang merupakan seorang tukang masak telah dilaporkan merakam kakak iparnya di dalam tandas selepas membeli kamera bersaiz mini.Dia malah turut mencabut casing kamera itu hingga hanya tinggal bahagian dalam kamera yang bersaiz duit syiling 10 sen supaya ianya lebih sukar dijumpai. Konon tak kantoi la niii…

    Lelaki yang berusia 26 tahun itu kemudian meletakkan kamera tersebut di atas pemanas air di dalam tandas kakak iparnya dan telah merakam lima video sepanjang mangsa berada di situ.

   Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut turut bersemuka dengan kakak iparnya di dalam bilik dan telah menunjukkan rakaman berkenaan kepada mangsa. Mangsa yang terkejut kemudian terus menghalau lelaki itu keluar dari biliknya.


    Walau bagaimanapun, lelaki itu dengan selamba tidak mengendahkan mangsa dan menolaknya ke dinding. Apabila mangsa cuba melarikan diri, dia terus menolak wanita itu ke atas katil dan mencabulnya. Lebih teruk lagi, dia turut menampar mangsa supaya berhenti meronta. Jahatnya!
    Mangsa yang berada dalam ketakutan, kemudian berjaya melepaskan diri daripada adik iparnya ketika lelaki itu bangun untuk membuka pendingin hawa di bilik tersebut.
   Mangsa mengambil kesempatan itu dengan segera berlari ke arah tandas di bahagian dapur rumah dan mengunci pintu sebelum menelefon abangnya yang kemudian melaporkan kepada polis.

      Ketika dalam perbicaraan, peguambela lelaki itu, Desmond Tan menyatakan bahawa anak guamnya sangat menyesal dengan perbuatannya dan mengaku masih dalam keadaan terkejut kerana telah hilang kawalan sehingga sanggup berkelakuan begitu.
      Difahamkan, lelaki itu menerima hukuman tiga kali sebatan dan dipenjarakan selama 30 bulan atas kesalahan yang telah dilakukannya.
      Aduhai! Adik ipar sendiri pun sanggup buat macam tu. Tak fikir isteri dan anak langsung.
Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

source : lobakmerahdotcom



“Pakai kopiah nak cover nafsu binatang!” – Pedofil Warga Emas Upah Aiskrim Cabul Anak Jiran



        Orang dewasa sepatutnya menjaga anak kecil yang masih mentah dan tidak tahu apa-apa, bukannya mengambil kesempatan atas pengetahuan terhad mereka. Inilah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang tergamak melakukan perbuatan keji terhadap anak jirannya sendiri.
        Menurut Harian Metro, seorang lelaki warga emas di Georgetown telah mencabul kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga anak jirannya sendiri sejak setahun lalu. Perbuatan menjengkelkan lelaki tersebut terbongkar apabila mangsa akhirnya menceritakan kejadian yang menimpanya kepada ahli keluarga.
Sumber: Harian Metro
    Berikutan pengalaman yang dikongsikan, ahli keluarga mangsa segera menghubungi Talian Nur untuk membuat aduan mengenai perbuatan terkutuk jiran mereka. Kejadian itu didakwa telah beberapa kali dilakukan oleh lelaki pedofil berkenaan sejak tahun lalu, namun baru kelmarin anak kecil tersebut bersuara.
“Kejadian itu didakwa dilakukan suspek beberapa kali sejak tahun lalu terhadap mangsa di kawasan rumah mereka di Ayer Itam,” kata seorang sumber.
Sumber: Harian Metro
        Bagi menutup perbuatan keji yang dilakukannya, lelaki berusia 61 tahun itu dikatakan memberi habuan aiskrim dan wang kepada kanak-kanak tersebut agar merahsiakan perkara jijik yang dilakukan. Mangsa juga akui bahawa jirannya seringkali memberi ‘upah’ sebegitu setiap kali mencabulnya.
“Mangsa memberitahu suspek memasukkan jari dalam kemaluannya selain turut meraba seluruh anggota badan dan juga pelbagai aksi tidak senonoh lain.”
       Sejurus menerima aduan tentang insiden menjijikkan itu, sepasukan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat bergegas ke rumah mangsa untuk bertemu dengan bapa kanak-kanak tersebut yang kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian menimpa anaknya.
Sumber: Harian Metro
      Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak malang tersebut dan mengecam warga emas itu dengan mengatakan bahawa dia tidak layak memakai kopiah atas perbuatan keji yang dilakukannya.
Sumber: lobakmerahdotcom
Sumber: lobakmerahdotcom
Sumber: lobakmerahdotcom

Sumber: lobakmerahdotcom

        Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa terdapat koyakan lama pada kemaluan mangsa namun doktor belum dapat memastikan punca koyakan tersebut. Warga emas itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
     Jangan terpedaya dengan luaran seseorang! Kita MESTI berhati-hati walaupun dengan sesiapa sekalipun kita berurusan.

source : lobakmerahdotcom