Wanita Dipuji Kerana Belikan Sepasang Kasut Buat Lelaki Miskin Yang Hanya Miliki RM1.60
01.18 |
|
sumber : lobakmerahdotcom
Pada musim perayaan dan cuti hujung tahun ini, pasti ramai yang ingin merebut peluang membeli barangan dengan harga yang berpatutan bersempena salehujung tahun. Sungguhpun barangan yang dijual di pasaraya sudah cukup murah, tidak semua di kalangan kita yang berduit dan mampu untuk mendapatkan barang yang mereka inginkan.
Pada minggu lalu, seorang pengurus di sebuah kedai kasut dekat Muntinlupa City, Filipina telah berkongsi kisah menyentuh hati mengenai kebaikan seorang wanita dalam membantu seorang lelaki yang memerlukan di Facebook.
Menurut Coconuts, pengurus kedai tersebut berkata seorang lelaki yang berpakaian lusuh dan menyarung selipar buruk masuk ke dalam kedai kasutnya dengan tujuan untuk membeli kasut baru.
Tulisnya di entri Facebook,
“Dia mengambil sepasang kasut bernilai PHP1,200 (lebih kurang RM97). Anda boleh lihat yang lelaki itu seperti seorang yang kuat bekerja, seakan-akan dia membuat satu pekerjaan yang berat.”
Selepas memilih sepasang kasut, lelaki tua itu mengeluarkan wang yang dimilikinya iaitu sebanyak PHP20 (bersamaan RM1.60) dan mengira ia satu persatu untuk memastikan bahawa dia mempunyai wang yang cukup untuk membayar kasut yang dipilih. Pun begitu, harapannya untuk memiliki kasut tersebut berderai selepas dia sedar bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelinya.
sumber : lobakmerahdotcom
Menyedari akan apa yang berlaku, seorang pelanggan wanita di kedai tersebut yang dikenali sebagai ‘Lil’ telah mendekati lelaki tua itu dan bertanya sama ada dia mahu memilih jenis kasut yang lain.
Lelaki itu mengambil sepasang lagi kasut lain berharga PHP1,799 (bersamaan RM145) yang jelas-jelas sangat jauh daripada bajet wang yang dimilikinya sekarang. Namun apa yang lebih mengejutkan, Lil dengan baik hatinya telah menambah amaun wang yang tidak mampu dibayar lelaki tersebut dan berlalu pergi sambil mengucapkan ‘Merry Christmas’ kepada lelaki tersebut dalam bahasa Tagalog. Alahai! Baiknya hati dia!
sumber : lobakmerahdotcom
sumber : lobakmerahdotcom
Susulan daripada tersebarnya kisah ini, ramai di kalangan netizen yang memuji tindakan wanita tersebut dan telah berkongsi entri ini sebanyak 5,844 kali. Wah hebatnya!
Syukurlah masih wujud insan yang memiliki hati semulia ini. Diharapkan semoga ramai lagi individu yang bersikap pemurah seperti wanita ini.
source : lobakmerahdotcom
0 komentar:
Posting Komentar